Khamis, 20 Ogos 2015












WAKTU 

 Cerita semalam tak akan sama dengan cerita hari ini 
Sakit semalam tak akan sama dengan kesakitan hari ini 
Hidup semalam akan berbeza dengan hidup hari ini 
Masa semakin pantas berlalu 
Usia semakin leka mengejar 
Semakin hari semakin lemah Semakin hari 
semakin rebah 
Waktu tak pernah memberi peluang pada masa lalu 
Tapi memberi peluang di masa depan 
 Meskipun waktu hanya tinggal sedikit

 ' masa itu emas' 
itulah prinsipnya 
Ia takkan menunggu sehingga manusia sedar 
Ia akan terus berjalan, berjalan dan berjalan
 Tak peduli apa status manusia 
Dia biarlah dia 
Dia takkan bertanggungjawab 
Tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya 
melainkan suatu perubahan 

 NUKILAN,
 Grace A. Tampig 
Ranau, Sabah

Tiada ulasan: